About Me

My photo
Assalamualaikum..Nama saya Muhamad Hafiz Bin Ahmad Nasir. Seorang guru di MRSM Betong,Sarawak. Motif dan tujuan terciptanya blog ini adalah untuk perkongsian ilmu bersama adik-adik pelajar, guru-guru dan sesiapa sahaja yang singgah di blog ini.Selamat melayari.

Tuesday, February 14, 2012

Pengumuman

Pengumuman kepada semua : Seperti yang sedia maklum sistem pendidikan di MRSM adalah sedikit berlainan daripada sekolah-sekolah harian biasa dan kebiasaanya satu ujian iaitu diagnostic test kepada semua pelajar tingkatan 4 untuk memgukur pemahaman lampau yakni apa yang para pelajar belajar semasa di tingkatan 3 dahulu. Oleh yang demikian Cikgu minta semua pelajar tingkatan 4 wajib untuk mengambil ujian ini. Tarikh dan masa akan cikgu maklumkan kemudian, ok?

Chapter 1 : Standard Form (Video)

Bagi memudahkan lagi para pelajar untuk memahami bab ini Cikgu berkongsi video dari Youtube untuk tatapan anda. Terima kasih kepada Youtube selaku uploader.



Mudahkan?....

Kuiz 1 (F4)

Nota dan latihan untuk bab yang pertama iaitu standard form telah diberikan kepada pelajar. Sebagai pengukuhan Cikgu sediakan sedikit kuiz untuk para pelajar untuk menguji tahap pemahaman anda semua.

CHAPTER 1

STANDARD FORM

1. Write 306 000

(a) in words

(b) in standard form

2. Write 5.27 × 102 in single number.

3. Solve (5×103) × (3.2×102) in standard form.

4. Solve in 8.5 ×103 + 6.7×102 in standard form.

5. In 1990, the total number of residents was two milllion, eight hundred and twenty thousand. Two Million were aged 20 years or more. How many were less than 20 years old? Give your answer in standard form.


Monday, February 13, 2012

Latihan 1 (F4)

Latihan Chapter 1: Standard Form


Untuk download latihan ini para pelajar boleh buka file ini dalam google doc dan click "File" dan click "Download as" pilih format yang para pelajar inginkan. Cikgu cadangkan para pelajar pilih PDF. Selamat mendownload

Chapter 1 : Standard Form (F4)

Topik pertama bagi subjek Matematik Tingkatan 4. Disini ada sedikit nota dan sedikit latihan untuk pelajar-pelajar. Didalam nota ini, segala latihan Cikgu sediakan jawapan bagi setiap soalan jadi diharap para pelajar dapat menjawab semua soalan dan boleh lihat jawapan sebagai rujukan.


Pembuka Bicara

Assalamualaikum wbt....alhamdullillah setelah seminggu bersusah payah menyiapkan blog ini akhirnya blog Cikgu Hafiz ini terhasil juga. Biarpun pada asalnya blog ini dicipta sebagai assignment tetapi disebalik terciptanya blog ini,ia dapat menjadi medium perkongsian bahan pengajaran dan pembelajaran kepada sesiapa sahaja yang singgah ke blog ini terutamanya kepada pelajar-pelajar dan guru-guru. Sebagai pengenalan cikgu akan berkongsi beberapa bahan pengajaran dan pembelajaran kepada semua.

Untuk pengetahuan semua blog Cikgu Hafiz ini hanya menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk subjek Matematik Moden (Menengah Atas) sahaja buat masa ini.

Sebagai permulaan, Cikgu sediakan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) untuk para pelajar download dan simpan sebagai rujukan sebelum bermulanya proses pembelajaran.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes